PREVIEW P2
Minggu aku balik rumah untuk cuti semester tu sama dengan minggu ibu dan abah balik dari umrah.
memang penuh la rumah sebab semua balik sambut kepulangan ibu abah.
petang tu, lepas angkat baju dari ampaian,terus aku bawa ke bilik aku untuk dilipat.
tiba-tiba pintu dikuak.
kak ngah masuk sambil tersenyum.
"acik cuti sem sampai bila? seminggu ea?" kak ngah duduk dibirai katilku.
"aah,tapi ni dapat lame sikit lah sebab minggu ni lecturer ramai takde,tu yang balik awal,kak ngah amik cuti brape hari ni?"
"sampai ahad ni je lah, mane nak dapat nye cuti lelama acik oi. eh acik, kak ngah nak tanya sikit ni,boleh tak?"
kak ngah renung dalam mataku.seakan meminta aku beri perhatian sepenuhnya.
"esh kak ngah ni wat cuak je lah, haa kenapa?"
heh. aku dah mula berdebar. apa pulak kak ngah ni tetiba je ni.
"tak,kak ngah nak tanya,kamu masih kawan dgn dia lagi ke? ape namenye budak tu,Muaz?"
Nah! aku dah agak. soalan kak ngah mesti pasal Muaz.
"em nape kak?" aku bagi soalan balik pada kak ngah, bimbang terlebih yakin kalau mengiyakan.
"em camni,kalau kak ngah bagitahu ni,kamu jangan cakap ape2 kat ibu pulak tau. tak de lah, aritu kak ngah ade sembang dengan ibu pasal hajat2 ape yang ibu mintak kat sane aritu. ibu cakap kat kak ngah, ibu mintak Allah putuskan hubungan kamu dengan Muaz, kak ngah kesian kat kamu sebenarnye,ye lah kamu dah kenal dia lama kan. pasal ibu dah doa tu Allah saje lah yang boleh tentukan, sekarang ni kak ngah cuma nak tolong kamu,kalau kamu betul berkenan kat dia dan dia pun serius nak kat kamu,kamu cakap kat dia,jumpa kak ngan dan abang ngah dulu.boleh?"
sayu kak ngah memandangku, dalam hatiku tak siapa yang tahu. bagaikan di remuk,di keronyok, Allah. hanya itu yang mampu ku ucapkan. sakitnya,pedihnya,tak siapa yang tahu, air mata ni hanya ku tahan2 agar tak mengalir depan kak ngah.
aku meneruskan lipatan kain, nak melarikan pandangan mataku dari kak ngah sebenarnya..
"nanti acik cakap kat dia." aku membalas sepatah.
ya. itu saja yang mampu. kalau patah seterusnya ku sambung, jadi drama lah kat sini.
kak ngah bingkas bangun, terasa kelainan pada diriku mungkin.
"kak ngah keluar dulu ya,nak buat susu kat Zara.apa-apa nanti bagitau je kak ngah."
aku mengangguk. lemah. tak pandang langsung pada kak ngah.
ah! tumpah juga air mata ni.
ibu... aku merintih sendiri...
sampai hati ibu..masa lisa tanya ibu doa apa pada lisa,ibu cuma jawab ibu doa lisa dapat jodoh yang soleh,tapi lisa tak sangka ibu doakan lisa putus dengan Muaz..
ibu..Muaz tu baik bu.. ibu belum jumpa dia lagi, ibu tak tahu..
semakin deras air mataku mengalir,membasahi pipi.
aku merintih sendiri..
diari seorang hamba
coretan hidup tentang dia yang tak punya apa-apa.. dia hanya ada Dia.
Tuesday, 30 July 2013
PREVIEW PART 1
PREVIEW P1
"lisa cakap nak cari yang pakar ilmu agama,blh simpan kitab2 lama atok tu"
aku tak pasti samada ibu bertanya atau ibu memulang paku buah keras padaku.
"tu dulu bu. orang dah tak da, nak buat macamana lagi. dah tak jumpa dah yang macam tu sekarang ni,kalau ada pun,semua orang punya..hehehe"
aku berseloroh. sorok rahsia hati sebenarnya.
"entah sape la yang lisa cakapkan dulu tu?"
Aik. ibu macam nak jerat aku je..
"alah bu,lisa main cakap je tu..budak skolah lagi kan.."
aku melirik senyum yang di buat-buat.. senyum kambing!
ya. sebenarnya memang tu benar belaka ibu..
memang dulu itu lah hajat hati ni.. teringin bersuamikan orang baik-baik, tak sedar diri tu yang memang liat nak jadi baik..
Dulu memang aku taruh hati kat dia..tu pun sebab ibu yang berkenan sangat..aku ni dulu memang kalau boleh nak rebut pingat emas kategori anak solehah..kalau boleh nak buat semua yang ibu cakap..
masih aku ingat lagi, kisah 7 tahun dulu...

Monday, 22 July 2013
SINOPSIS DIARI HATI ALISA
ALISA mula menerima Muaz dalam hidupnya tatkala dia sedar Muaz bersungguh-sungguh dengan cintanya. Dia pernah mengenali beberapa lelaki sebelum ini yang ternyata hanya bermain kata walau dalam alam maya. Dia sedar dia mudah jatuh hati dan terperangkap dalam cinta gila manusia,lantas dia mengambil tindakan menyendiri sehingga Muaz muncul dan menunjukkan dia memang serius!
"Aku janji pada diri aku yang aku takkan suka mana-mana lelaki biasa macam yang dulu. Lelaki tu mesti budak kaki masjid."
~Alissa Firyal.
"Aku tak kenal pun dia. Aku bukan nak cari awek, aku nak cari isteri. Bakal ibu kat anak-anak aku nanti. Dalam istikharah,aku nampak dia."
~Muaz Hazeeq.
"Tak de guna hidup ni kalau kita lalai. Hargai waktu,jangan biar kosong. Isilah dengan aktiviti rohani,tuntut ilmu sebanyak mungkin,ilmu bukan hanya sekadar sijil.!"
~Syed Hazimudin.
Kehadiran Syed Hazimudin sahabat baik along, mengubah segalanya. Perhubungan antara Alissa dan Muaz tidak direstui keluarga Alissa.
Muaz sedia mengundur diri.
Alissa tertekan dengan keadaan. Diri mula tak terurus.
"Allah, aku hanya berserah. Aku tak kuat. Aku redha. Pasrah dengan ketentuanMu."
Doa Alissa dalam tangis.
Mampukah Alissa mempertahankan sebuah hubungan cinta yang dibina 5tahun lalu?
Tegarkah Muaz melepaskan Alissa?

Sunday, 21 July 2013
PROLOG DIARI HATI ALISA
PROLOG
"ibu tak setuju dengan pilihan lisa tu".
aku terdiam. "err.. tapi bu, kenapa?" hatiku berdebar..
nafasku sesak seketika.
baru tadi aku bergelak ketawa dengan ibu, kini suasana tersebut menjadi tegang.
ibu diam.
"lisa kena ambik pengajaran dengan apa yang dah jadi pada along dengan kak ngah tu. takkan lisa pon nak ingkar cakap ibu dan abah?"
aku menelan liur.
pahit dan terasa berpasir.
"napa bu? pasal abang Nas ke? bu... pilihan lisa bukan macam dia ibu. lisa takkan cari yang macam tu. lisa tau apa yang ibu nak.lisa cari yang mirip along.dia lain bu.raya tahun ni dia nak datang rumah.ibu jumpa la dia dulu.kalau dah tengok dia pun ibu masih tak suka,lisa terima." mataku tepat memandang ibu yang pura-pura sibuk mengemas dapur,padahal aku tahu ibu tak senang bercakap hal ni.
"masa bercinta memang semua indah lisa..kalau tak orang tak cakap lah cinta tu buta..kau tengok lah kak ngah tu macamana..sikit-sikit nangis..tension..silap-silap boleh gila tau..ibu cakap ni untuk masa depan lisa jugak..ibu nak anak-anak ibu bahagia.. ibu sayang anak-anal ibu..tak payahlah panggil dia datang rumah ni..memang abah pun cakap taknak..buat apa nak tengok lagi..biar ibu je yang carikan tuk lisa." tangan ibu ligat mengelap meja makan.
"siapa?ibu ada ke calonnye? tak de kan? haa kalau dah tak de, bagi je la lisa buat keputusan sendiri.." suaraku sedikit meninggi..
"memang lah tak ade,tapi takpelah,tunggu jelah setahun dua lagi nanti ade lah yang datang,kita ni orang yang dikenali,tak mungkin takde orang nak dekat anak-anak ibu nie"
aku hanya mampu memandang kosong..
ibu...kalau ibu nak lisa bahagia,ibu tak buat lisa macamni..hati lisa bukan plastik,boleh terima siapa-siapa semudah tu..
kata-kata tu hanya tersekat di kerongkong pabila abang Nas melintasi dapur..
"haa acik,tak makan durian ni? rugi tak makan..sedap tau.."
air mataku yang dah lama bergenang,bimbang dapat dikesan abang iparku,aku bingkas bangun tanpa menjawab pertanyaannya.. terdengar suara ibu menjawab pertanyaan abang nas mengatakan yang aku memang tak makan durian.
aku masuk ke bilik,kunci pintu,dan terus ke katil.
sebak.
air mata mula mengalir laju.
dadaku makin sesak..
kala itu, jariku ligat mendail nombor Muaz..
lisa harap abang angkat..aku menanti penuh harap..
dia ni dah lah susah nak angkat telefon..
"assalamualaikum..." satu suara yang ku rindu menyapa di gagang telefon..
"abang..." suaraku tersekat-sekat..
"lisa? napa ni? nangis ke?" tanya Muaz hairan...
"abang..lisa nak kawin dengan abang je.. lisa taknak orang lain..abang janji dengan lisa yang abang takkan cari orang lain...lisa tak sanggup nak tengok abang kawin dengan orang lain..lisa nak abang.."
laju aku menutur patah perkataan tu dalam sendu..
ya..sememangnya itu lah yang sedang bermain dalam fikiranku kini..
"ye lisa..napa ni..cakap slow-slow..abang tak faham..apa yang dah jadi?"
"ibu cakap ibu tak terima abang..lisa tak kira abang..ni hidup lisa..lisa tak ready nak terima orang lain dalam hidup lisa..abang je yang faham lisa..lisa nak tentukan hidup lisa sendiri abang.."
ku luah apa yang terbuku di hati.
puas.
Muaz diam.
"abang?" ku panggil perlahan.kaget.
"ye..takpelah lisa..abang nak solat kejap..nanti kita mesej.." perlahan suara tu menutur.
alamak! aku salah langkah ke.. aku dah mula tak keruan..
"tapi abang..abang jangan tinggal lisa"
"iye..nanti abang mesej lisa..abang nak ke masjid..dah lewat nie..lisa sabar ye..assalamualaikum.."
"erm..yelah..waalaikumsalam" ku jawab lemah salam Muaz.
aduh..nie mesti akan jadi lebih tegang..dia tu dah la sensitif..
tapi tadi aku memang tak ingat siapa dah selain dia..
lagipun dengan siapa lagi aku nak ceritakan kesediahn ni..
ku renung kipas di siling..
kosong..
air mataku masih mengalir perlahan..
hati ni bagai dihiris-hiris..
Allah..dulu aku kuat..ni bukan benda baru..dah lama aku tahu yang ibu tak berkenan dengan Muaz..tapi dulu aku amat yakin yang suatu masa nanti ibu boleh terima dia..tapi kali nie..aku tersepit..antara dua hati dan perasaan yang aku kena jaga..
ya..hati ibu bapaku.. dan hati kekasihku..

Subscribe to:
Posts (Atom)