ALISA mula menerima Muaz dalam hidupnya tatkala dia sedar Muaz bersungguh-sungguh dengan cintanya. Dia pernah mengenali beberapa lelaki sebelum ini yang ternyata hanya bermain kata walau dalam alam maya. Dia sedar dia mudah jatuh hati dan terperangkap dalam cinta gila manusia,lantas dia mengambil tindakan menyendiri sehingga Muaz muncul dan menunjukkan dia memang serius!
"Aku janji pada diri aku yang aku takkan suka mana-mana lelaki biasa macam yang dulu. Lelaki tu mesti budak kaki masjid."
~Alissa Firyal.
"Aku tak kenal pun dia. Aku bukan nak cari awek, aku nak cari isteri. Bakal ibu kat anak-anak aku nanti. Dalam istikharah,aku nampak dia."
~Muaz Hazeeq.
"Tak de guna hidup ni kalau kita lalai. Hargai waktu,jangan biar kosong. Isilah dengan aktiviti rohani,tuntut ilmu sebanyak mungkin,ilmu bukan hanya sekadar sijil.!"
~Syed Hazimudin.
Kehadiran Syed Hazimudin sahabat baik along, mengubah segalanya. Perhubungan antara Alissa dan Muaz tidak direstui keluarga Alissa.
Muaz sedia mengundur diri.
Alissa tertekan dengan keadaan. Diri mula tak terurus.
"Allah, aku hanya berserah. Aku tak kuat. Aku redha. Pasrah dengan ketentuanMu."
Doa Alissa dalam tangis.
Mampukah Alissa mempertahankan sebuah hubungan cinta yang dibina 5tahun lalu?
Tegarkah Muaz melepaskan Alissa?
No comments:
Post a Comment